Menarik .com - start internet business » Pendapatan Online Kerjaya Paling Berharga


Pendapatan Online Kerjaya Paling Berharga

Melalui search enjin google saya mendapati “pendapatan online” merujuk pada menjalankan perniagaan melalui internet. Tetapi tetap dalam perniagaan yang melibatkan MLM, pengiklanan dan lain-lain.

Sememangnya pendapatan online seringkali dijalankan oleh mereka yang berminat dalam mencari pendapatan sampingan. Mereka memang inginkan kebebasan kewangan. Ada yang sudah malas untuk bekerja secara makan gaji dari majikannya dan lain-lain.

Ramai yang suka mencari pendapatan secara online atau berniaga sendiri. Semua bermula dengan sikap ingin menyara kehidupan dari pendapatan sumber online tanpa perlu pergi kerja.

Tanpa pergi kerja. Ini bermakna anda tidak perlu bangun pukul 6 pagi. Mandi, sarapan, dan bersiap pergi kerja. Anda boleh bekerja bermula dari tengahari atau lain-lain waktu. Jika anda sudah lebih pakar maka anda hanya perlu bekerja hanya pada hari sabtu atau minggu.

Anda tidak terikat dengan mana-mana syarikat atau organisasi yang mengariskan undang-undang. Segalanya adalah kemahuan anda. Hidup anda bertambah baik dengan ramai kenalan online dan segalanya berubah.

Tiap-tiap bulan anda tidak perlu semak gaji anda sudah masuk atau belum. Gaji anda adalah hasil kerja yang anda buat. Sungguh mudah anda bekerja dan gaji juga bergantung pada kualiti dan kuantiti kerja anda.

Anda boleh menolong ahli yang berfikiran seperti anda untuk berjaya menjana pendapatan secara online. Akhirnya mereka “quit” dan terus berhenti bekerja.

Online juga tidak dipengaruhi oleh ekonomi negara anda maka duit pendapatan anda tidak bergantung pada kejatuhan ekonomi sesebuah negara.

bersambung…


Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <blockquote cite=""> <code> <em> <strong>